Mendarat pun sudah, ambil beg pun sudah..next step cmner???
Bila menuju dari pintu keluar, aku tengok member2 yang satu flight tadi macam blur2 jer termasuklah aku. Kat depan tu adelah pegawai PPD, guru-guru sekolah serta wakil yang datang ambil guru-guru baru..aku cek nama aku dapat SK MAWAR..dalam fikiran aku kat manalah mawar tu..mawar hutan ke? mawar putih ke? mawar merak ke? ermm macam2 mawar aku rasa ada masa tu..gabra punya pasal.
Duk kejap tu adelah sorang lelaki wakil dari SK Mawar datang jemput aku..dia cakap beg aku besar tak dapat naik dengan dia g skolah sebab dia naik motor..MEMANGLAH beg aku besar datang dari jauh ntah macamana keadaan aku pun tak tau..terpaksalah aku tambang teksi g skolah tu. beg aku tu memang berat pun, naik motor terbalik jgk tu..bila dah naik teksi barulah aku teringat nak tanya member2 tadi kt mn sekolah yang mereka dapat..Masa mula2 tadi memang agak kelam kabut kabut situasinya..yelah bru datang semua tercari cari arah tujuan masing-masing.
Dalam perjalanan aku tanya pak cik teksi tu, SK Mawar tu dari airport berapa KM? Pak cik tu bagitau 8KM jer..fuhh lega rasanya bila tua airport dekat..TARGET nak balik rumah senang..hehehe
Masa 1st lapor diri tak hujan,ni gmbar yg aku ade dalam simpanan yg tunjuk pagar skolah
Bila dah masuk kawasan sekolah tu berdebar-debar jer..TAPI yang pertama aku dah lega sebab sekolah tu menyerupai sekolah yang pernah aku nampak di Terengganu..bkn di pedalaman yang aku dapat rupenya..SYUKUR.
Angkatlah aku dengan beg besar nak g pejabat sekolah, jumpa pihak pentadbir...
Bila GB, PK1 tanya aku ada sedara tak kat sini, aku cakap 1st datang sini dan tak ada sesiapa kt SINI..huhuhuhu.
Jadinya dia panggil ustaz2 yang ade kat sekolah tu sebab aku bidang agama untuk berurusan tempat tinggal. 2 orang ustaz yang ada iaitu Ustaz Sallehudin dan Ustaz Mohamad. Lepas discuss akhirnya aku ikut Ustaz Mohamad sebab dia bujang. So GB suruh aku masuk sekolah esok...
Lepas waktu persekolahan, aku pun pergilah ikut ustaz pergi ke rumahnya..
SO kat sinilah aku stay buat masa ni smpai sekarang,
tingkat atas sekali
No comments:
Post a Comment