Friday, March 9, 2012

scHOOl brEak!!!!!


Time ni lah banyak benda aku nak bawa balik..tapi ikut bajetla nk bawa balik barang2 pun...ape2 bagi aku berjimat cermat itu amat penting dalam menjana ekonomi rumah tangga..ikut hati sumer nak! betul tak?? Bila fikir pasal bajet ni selalu overdose..Almaklumlah lama tak balik kampung..selalu singgah situ sini bukan tempat sendiri kena kuar duit..huhuhu..tapi tak per rezeki kat mana2..adalah tu menyusul..Entry ni bukan aku nak bagi ceramah ke kaunseling tapi nasihat..Soo ape2 pun sekarang ni mood aku berada di kampung..nnt aku update takut ada perubahan yang dasyat yang sedang berlaku..kih3..poyo ek..hehehe.Waiting for me my dear..abg tunggu kat LCCT tau

Tuesday, March 6, 2012

Dedikasiku untuk arwah

Sekejap masa berlalu..terasa terkilan dengan pemergian arwah Hazreen Bin Arifin yang telah kembali kerahmatullah pada 5 Mac 2012 akibat jangkitan kuman pada otak.Memang tidak dapat menahan sebak di hati bila mendapat berita pemergiannya.Walaupun kami tidak serapat kawan-kawan yang lain oleh kerana berlainan jurusan,(KLIK UNTUK TAHU SETERUSNYA dari blog semanis epal) namun arwah merupakan team praktikum untuk 2 semester bersama 2 orang lagi. Selalu tumpang kereta arwah bila kami ada program-program untuk sekolah..Paling last aku jumpa pada tahun lepas, bulan 12 semasa kahwin aku kat Terengganu.Terima kasih atas jasa-jasa arwah.Ya Allah...Tempatkanlah sahabatku di kalangan orang yang beriman dan janjikanlah syurga kepadanya di sana...sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukMU... mungkin ini peringatan dari Allah untuk hambaNya untuk kita tidak leka dengan kehidupan di dunia...sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Takziah buat keluarga Arwah Hazreen Bin Arifin...

Saturday, March 3, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Khas buat isteriku yang berada nun jaaaaaauh disana,tapi dekat di hati..Selamat Ulang Tahun Kelahiran..Insya Allah,tahun ni penuh bermakna buat kita bertiga dan seluruh ahli keluarga bersama..Dipermudahkan segala urusan Dunia dan Akhirat, murah rezeki,diberi nikmat kesihatan dan kesejahteraan serta dijauhkan dari anasir-anasir yang tidak elok..Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..
Di harap para pembaca blog ini minta jasa baik untuk berdoa bersama-sama..terima kasih atas semua yang terlibat secara langsung atau tidak..semoga Allah membalas jasa baik kalian