Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan


Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang beragama Islam..
Cepat masa berlalu tanpa kita sedari..kali ni ,aku sambut puasa di Sabah buat kali kedua..dah tahun kedua aku berkhidmat di Sabah..sebenarnya bila poser ni aku akan teringat suasana kat kampung..tapi sekarang ni lain pulak..nak tau tak???
The ANSWER is always wondering how come my wife struggle with my little baby in progress during this Ramadhan without me..Only Allah know us what is our feeling and the situation to face off..ceh cakap orang putis pulok..Sabarlah Wahai Sayangku, ada jalannya..(Maher Zain punya lagu).

Korang dah bayar zakat?
ni info nak kongsi..

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online 

Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.
Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq.  Wallahua’lam.



 

Wednesday, July 18, 2012

SENAMROBIK 1M1S 1MALAYSIA

AS SALAM,
 Jupe mula kito dalam arena cyber..lamo betul tak update rasanya..bnyak jugak benda nak bagitau dan nak kongsi..ermm komitmen lain banyok pulok..kah3..ni just nak action bagi korang jelesssssssss..jeles tak?aku ada, korang ada? Tahun lepas buat larian 1Murid 1Sukan, tapi tahun ni bersenam lak.. 
 Meh tengok apa yang berlaku masa tu....

cikgu-cikgu bersedia sudah 



Monday, April 16, 2012

Nada Cinta..boleh tak?

As Salam dan salam sejahtera,
Boleh tak tajuk camtu???boleh ke tak boleh??
hahaha aku pun nak karang pun tak der modal sangat tapi boleh digambarkan dengan gambar..bukan digambarkan dengan kata-kata tau..soo aku bagi klu tentang gambar tu..its all about my wife datang bercuti 6 hari yang lepas2 tu..zassss

cari barang tersembunyi..jumpa tak?
memperkenalkan Proboscis Sandakan

sambung esok la citer lg..nak tido dh ngntuk sgt2
BERSAMBUNG..............


Friday, April 6, 2012

Cuti 6 hari

Bestnyer cuti 6 hari.....
tapi bukan aku la...wife aku yang cuti banyak tu..aku 3 hari jer..harini pun sebab GOOD FRIDAY..so JUMAAT,SABTU dan AHAD aku punyer lah..jadi duk citer banyak pun tarak guna gak..pe2 pun cuti dulu..time ni wife aku datang jalan2 sandakan dan aku berISTERIrehat..hehehe..TERIMA KASIH ALLAH KERANA MEMBERI KAMI PELUANG DAN MEMPERMUDAHKAN PERJALANAN KAMI..

Wednesday, April 4, 2012

wahhh Besarnya!!!

As Salam dan selamat sejahtera..
Lame tak update blog aku ni..yelah masa tu mood cuti dan terus stop jap..anyway bukan tu aje sebab ada kerja yang perlu diselesaikan..hehehe jangan mareeee..So nak kongsi la skit nak act tak delah.
Aku selalu dengar gred2 ni..ni pasal UDANG..korang pernah tengok udang gred A??? kalau lum ni nak show kat korang..kalau dah tengok try komen skit..hehehe kot2 la korang nak share jgk gmbar korang ke...ni housemate aku yang ngajar kat pedalaman 1..thanks for udang..hahaha
gred A
ni pun samelah

Friday, March 9, 2012

scHOOl brEak!!!!!


Time ni lah banyak benda aku nak bawa balik..tapi ikut bajetla nk bawa balik barang2 pun...ape2 bagi aku berjimat cermat itu amat penting dalam menjana ekonomi rumah tangga..ikut hati sumer nak! betul tak?? Bila fikir pasal bajet ni selalu overdose..Almaklumlah lama tak balik kampung..selalu singgah situ sini bukan tempat sendiri kena kuar duit..huhuhu..tapi tak per rezeki kat mana2..adalah tu menyusul..Entry ni bukan aku nak bagi ceramah ke kaunseling tapi nasihat..Soo ape2 pun sekarang ni mood aku berada di kampung..nnt aku update takut ada perubahan yang dasyat yang sedang berlaku..kih3..poyo ek..hehehe.Waiting for me my dear..abg tunggu kat LCCT tau

Tuesday, March 6, 2012

Dedikasiku untuk arwah

Sekejap masa berlalu..terasa terkilan dengan pemergian arwah Hazreen Bin Arifin yang telah kembali kerahmatullah pada 5 Mac 2012 akibat jangkitan kuman pada otak.Memang tidak dapat menahan sebak di hati bila mendapat berita pemergiannya.Walaupun kami tidak serapat kawan-kawan yang lain oleh kerana berlainan jurusan,(KLIK UNTUK TAHU SETERUSNYA dari blog semanis epal) namun arwah merupakan team praktikum untuk 2 semester bersama 2 orang lagi. Selalu tumpang kereta arwah bila kami ada program-program untuk sekolah..Paling last aku jumpa pada tahun lepas, bulan 12 semasa kahwin aku kat Terengganu.Terima kasih atas jasa-jasa arwah.Ya Allah...Tempatkanlah sahabatku di kalangan orang yang beriman dan janjikanlah syurga kepadanya di sana...sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukMU... mungkin ini peringatan dari Allah untuk hambaNya untuk kita tidak leka dengan kehidupan di dunia...sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Takziah buat keluarga Arwah Hazreen Bin Arifin...