Cepat masa berlalu tanpa kita sedari..kali ni ,aku sambut puasa di Sabah buat kali kedua..dah tahun kedua aku berkhidmat di Sabah..sebenarnya bila poser ni aku akan teringat suasana kat kampung..tapi sekarang ni lain pulak..nak tau tak???
The ANSWER is always wondering how come my wife struggle with my little baby in progress during this Ramadhan without me..Only Allah know us what is our feeling and the situation to face off..ceh cakap orang putis pulok..Sabarlah Wahai Sayangku, ada jalannya..(Maher Zain punya lagu).
Korang dah bayar zakat?
ni info nak kongsi..
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi
wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada.
Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online
Zakat
bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah
s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang
terdapat di dalam al – Quran.
“Allah
mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran
bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada
menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.
Sebenarnya
inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah
manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan
inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi
lebih mudah.
Di
dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah
akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya,
zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat
sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab
dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat
sahaja.
Zakat
seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat
berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi
medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku
dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah
zakat tersebut.
Kesimpulannya,
menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi
suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan
dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan
berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq. Wallahua’lam.
Alalala.. sweetnya... hihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah syg ok... baby pun ok...
Walaupun abg takde di sisi... Tapi abg selalu doakan untuk syg dan baby kan... =)
salam kenal..
ReplyDeletesuka dgr lagu di blog ni..
sy kenal blog ni dr blog kak sunshine..=)
semoga berbahagia yaa...
my dear Miss Sunshine...
ReplyDeletekeep on praying..Insya Allah
salam kenal Herma Julianny,
terima kasih, doakan untuk kami