Sekejap masa berlalu..terasa terkilan dengan pemergian arwah Hazreen Bin Arifin yang telah kembali kerahmatullah pada 5 Mac 2012 akibat jangkitan kuman pada otak.Memang tidak dapat menahan sebak di hati bila mendapat berita pemergiannya.Walaupun kami tidak serapat kawan-kawan yang lain oleh kerana berlainan jurusan,(KLIK UNTUK TAHU SETERUSNYA dari blog semanis epal) namun arwah merupakan team praktikum untuk 2 semester bersama 2 orang lagi. Selalu tumpang kereta arwah bila kami ada program-program untuk sekolah..Paling last aku jumpa pada tahun lepas, bulan 12 semasa kahwin aku kat Terengganu.Terima kasih atas jasa-jasa arwah.Ya Allah...Tempatkanlah sahabatku di kalangan orang yang beriman dan janjikanlah syurga kepadanya di sana...sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukMU... mungkin ini peringatan dari Allah untuk hambaNya untuk kita tidak leka dengan kehidupan di dunia...sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...
Takziah buat keluarga Arwah Hazreen Bin Arifin...
No comments:
Post a Comment