Thursday, April 24, 2014

TERIMA KASIH ANAK-ANAK DIDIKKU

Terharu dengan persembahan dan kejutan yang diberikan sempena hari perpisahan ini.Ragam anak muridku akan ku ingati selalu. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Gambar kenangan untuk tatapan bersama.
3 PINTAR

5 PINTAR

5 PINTAR



1 GENIUS

5 PINTAR LAGI..

Tuesday, April 22, 2014

3 hari lagi

Sedih hati ini, sebak pun ada sebab meninggalkan tempat pertamaku posting..kat sinilah aku mula bertapak jd seorang guru di Sabah. Dulu murid yang aku ajar tahun 1..sekarang sudah tahun 4..kejap jer..tp demi keluarga diutamakan
Terima kasih atas doa kalian yang mendoakan kami secara langsung atau tidak.

Sunday, April 20, 2014

Syukur Alhamdulillah

As salam..dah lame tak post dlm dunia maya ni..
Pertama sekali
bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa kami sekeluarga..
Kedua
Terima kasih atas doa, usaha dan ikhtiar semua yang terlibat dalam pertukaran kami sekeluarga.Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik tuan/puan
Ketiga
Mohon kemaafan dari kami sekeluarga sepanjang perkenalan yang telah membuat kalian terasa, merasa dan terseksa dengan gelagat dan tutur kata.

Kami juga berdoa semoga kalian dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

Wednesday, January 29, 2014

Cuti Tahun Baru Cina

Sekian lame menyepi, kini telah kembali..pekabor? Maafla sibuk urusan dunia. Skrg ni mood bercuti dlu. Saje nk test market

Sunday, January 20, 2013

Rindu sama kamu

Kejap masa berlalu tanpa ku sedar..anak pun makin besar...slmt datang tahun 2013.
Byk benda duk fikir dalam kepala ni ...rasa xtertanggung..Allah sahaja yang tau apa yang aku lalui.
Sekarang ni makin rindu dibuatnya..teringat akan kamu huhu

Sunday, September 30, 2012

Macam TAk PERcaya!!!

Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH kerana kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 03 SEPTEMBER 2012.
Kehadiran orang baru dalam hidup kami ini akan menyedarkan kami betapa berharganya pengorbanan seorang ayah dan ibu kita dalam mendewasakan kita.
Hahaha aku dah jadi AYAH kepada anak aku...hahaha muda lagi asenye..hehehe..

Hari kedua

Cakkkk!!! sihat semua?

ni CIK SU, darjah satu

SYoknyer tdo...
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak,atas doa dan sokongan,nasihat,pandangan serta sumbangan kalian semua segalanya dipermudahkan oleh ALLAH..



Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan


Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang beragama Islam..
Cepat masa berlalu tanpa kita sedari..kali ni ,aku sambut puasa di Sabah buat kali kedua..dah tahun kedua aku berkhidmat di Sabah..sebenarnya bila poser ni aku akan teringat suasana kat kampung..tapi sekarang ni lain pulak..nak tau tak???
The ANSWER is always wondering how come my wife struggle with my little baby in progress during this Ramadhan without me..Only Allah know us what is our feeling and the situation to face off..ceh cakap orang putis pulok..Sabarlah Wahai Sayangku, ada jalannya..(Maher Zain punya lagu).

Korang dah bayar zakat?
ni info nak kongsi..

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online 

Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.
Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq.  Wallahua’lam.