Friday, March 25, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN PISMP 2011

Alhamdulillah, akhirnya hari yang ditunggu telah tiba..demam aku dibuatnya pada hari tu..dengan batuk,selsema dan badan panas..aku tabahkan hati ini kerana ini adalah DUGAAN...so thanks to my family, family in law serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak..

Aik?? pandang mana tu? Yelah kamera banyak sangat..tak tau nak tengok mana
haaa..ini baru betul
memperkenalkan pengSUPPORT yang setia dari dulu sampai sekarang...hehehe
Aku ngan bakal PN. Isteri syok duk lontar boomerang mortar board

terima kasih ABAH, MA
terima kasih?? macam laksamana Cheng Ho kan??
KLIK-KLIK SEMPENA KONVO







Sunday, March 20, 2011

RAPTAI KONVOKESYEN..debarnyer....


Berdebarnya bila berada kat PICC..fuhh bila tengok dari luar megah berdiri di atas bukit tempat tu..ramai betul yang datang, maklumlah taklimat untuk semuakan..jumpalah kawan2 lame kawan2 baru pun ade..
This is Fadhil(saing aku mase darjah 6 lagi) n ME

kengkawan yang syok duk citer
kawan2 1 kelas 1 IPG

tak der keje lah ni
suka2 lah dulu sebelum g skolah nanti

taklimat
guru-guru bakal diIJAZAHKAN

test jubah..ok x???
Dewan KONVOKESYEN

                              SEKITAR LOBI DEWAN



2-1 hari sebelum KONVOKESYEN..

Jadual mmg padat dengan aktiviti..aktiviti sendiri punyalah..hahaha..masa ni lah aku g Slim River, Felda Trolak dengan family jalan2 rumah saudara mara..aku tak rancang pun, tapi aku join jer..dekat jer sebab aku stay kt RAWANG lagi masa ni..lepas tu lak bila nak menjelang malam hantar adik kt KSKB Sungai Buloh Selangor..sebab last masuk asrama pukul 10 malam..

baru jer dari Perak ni
hantar adik kat sini lah


Keesokkan harinya aku g jalan2 dengan member kat Shah Alam sebelum aku stay malam tu kat rumah pak sedara kt situ..tgk movie hikayat merong tu sebelum g jalan2 kat shopping complex sekitarnya..jalan2 jer..

berGAMBAR itu penting..hehehe
lame xjumpa kereta kesayangan..posing jer ni..kreta sape aku xtau..tumpang bergambar

harGailah kesihatan ???

Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu..lame dah tak update blog ni..yelah BARU pulih dari demam..demam rindu+ demam konvo+demam rumah dan +++ lagi..sebelum balik semenanjung dah demam, sampai kat semenanjung pun demam lagi...huhuhuhu

Ermm banyak citer nak kongsi..tp tak semualah..nantikan byk masa lak mengadap laptop demam la pulak..thanks to ALLAH and all the supporter especially to my DEAR yang bekalkan ubat berdozen2 supaya sy cepat sembuh..

Monday, March 14, 2011

ARRGHHHHH..GERAMNYERRR !!!!!!!!

Perasaan nak balik semenanjung berkobar-kobar ni..hehehe nak jumpa family..orang terSAYANG pun sedang menanti kat KLIA..aku sampai airport lebih kurang pukul 6.00 petang..hujan memang lebat dari pagi sampai petang..risau gak ni..tapi tak per nak balik punya pasal..SEMANGAT3..
Lepas check in duduk la tunggu kat aiport tu, flight pun tak lama dah kul 6.50 ptg..soo duduk la tangkap gambar kat situ-sini..

sesi pengecaman

introduce to you friend's from Sandakan

Airport Sandakan
-
-

bila dah masuk balai berlepas ni excited giler...............tp.........bertukar jadi GERAAAAAAMMMMMMMMM!!!!!!!!!! bila pukul 7.15 malam belum berlepas lagi..hanya untuk Kota Kinabalu dlu yang depart kul 7.10 malam..ARRRRRGHHHHH !!!!.duduk la aku tunggu dgn orang yang naik flight sama-sama..crowded kat tempat berlepas tu.

tunggu dengan penuh pengharapan
Pukul 8.50 malam baru umum nak berlepas huhuhuh...
Bila dalam flight terus tidur dan xsampai 1 jam aku bangun sebab pilot umum nak mendarat..cepat betul sampai KLIA...tp.....
KKIA( Kota Kinabalu International Airport)..iskh3 ape kes pulak niH !!!!
geramnye...bukan ape aku kesian kat MY DEAR yang dah sampai kat KLIA ketika aku kat KKIA..lepas je mendarat aku terus ON HANDPHONE bagitau situasi semasa..Alhamdulillah Si Dia tetap setia menunggu kepulangan dan menyambutku..
-
-

soooo sampailah aku kat KLIA pada pukul 12.05 tengahari tengahmalam..
AKHIRNYA dapat jumpa yang terSAYANG yang sanggup menunggu samapai lewat malam..dia pun dari Kuching tapi dah sampai awal pada jam 8.30 malam..
SYUKUR YA ALLAH...thanks my DEAR

Saturday, March 12, 2011

Minggu ke 2 ..the STOREy begin

Minggu pertama macam blur2 pening2 nak sesuaikan diri terutama waktu solat ni...nak post pun tak terbuat..idea dalam kepala ni fully loaded dah....buatnya tidak..hehehe

ni waktu solat area sandakan punya

Gambar yang menceritakan apa yang nak citer..dah lupa dah nak karang ape..sibuk bertugas sekarang ni katakan..hehehe

First assembly aku kat sekolah

Aku lapor diri 8 FEBRUARI 2011, dan mula bertugas keesokannya. Aku sampai kat airport Sandakan terus pergi lapor diri kat sekolah. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) beri tiket percuma tu bertarikh 8 FEB 2011, tapi ada yang awal 1 hari yang 14 FEB pun ada..ape2 jelah orang atasan yang dah aturkan,ikut jelah tarikh2 tu..Guru-guru MESTI berada kat sekolah pada pukul 6.40 pagi..kelas kul 7.00 pagi bermula..kalau kat semenanjung waktu zaman belajar (kat IPG) waktu 6.30 pagi baru bangun ..tp bila dah jadi guru ni  lebih-lebih lagi di SABAH ni PUKUL 5.30 pagi dah bangun..wowww hebat x??? nak up diri sendiri lak kan..whatever


 

Nak kelik doh..

Hahaha pehe ko tu faham tak ? maksudnya dah nak balik ..cepat betul masa berlalu dah nak cuti sekolah..Fuhhh tapi nak sampai ke cuti sekolah MENGHITUNG HATI HARI beb..tak sempat nak update blog harian..hati ni tak sabar nak jumpa Insan Tersayang.

Aku balik ni pun bukannya balik kat kampung aku, tapi sebab ada konvokensyen kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).tak dapat bayangkan ramainya BATCH PERTAMA PISMP AMBILAN JAN 2007 yang g foundation julai 2005 (5thn setengah kat maktab) sELUruh Institut Pendidikan Guru(IPG)..bila???
15-18 Mac ni ...so my family turun KL..jumpalah beberapa hari kat sana..


Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunya..................
Jumpa di sana