Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan


Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang beragama Islam..
Cepat masa berlalu tanpa kita sedari..kali ni ,aku sambut puasa di Sabah buat kali kedua..dah tahun kedua aku berkhidmat di Sabah..sebenarnya bila poser ni aku akan teringat suasana kat kampung..tapi sekarang ni lain pulak..nak tau tak???
The ANSWER is always wondering how come my wife struggle with my little baby in progress during this Ramadhan without me..Only Allah know us what is our feeling and the situation to face off..ceh cakap orang putis pulok..Sabarlah Wahai Sayangku, ada jalannya..(Maher Zain punya lagu).

Korang dah bayar zakat?
ni info nak kongsi..

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online 

Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.
Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq.  Wallahua’lam.